SEJARAH PENUBUHAN
Alhamdulillah, pada 21hb. Januari 2024 terciptanya sejarah penubuhan Dewan Teraju Usahawan Dan
Peniaga Bumiputera Negeri Johor yang telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah
(EXCO Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia Negeri Johor) dan Mesyuarat
Agung Pertama di Forest City Marina Hotel.
Sejarah penubuhan Dewan Teraju ini di cetuskan idea oleh Tn Syed Abd Hamid Alhabshee. Bermula gerakan
di Paragon Hotel dengan bakal-bakal pengasas bersama Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee
(mantan Pengerusi SME Corp) , Tn Hj Zaini Bin Atan (Presiden Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri
Johor), Yang Berhormat Dato’ Hj Ismail Bin Karim (Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Majlis
Jumaah DiRaja Johor) , En Samsudin Bin Ismail (usahawan) dan En. Mohamed Shafiee Bin Md. Ali (usahawan).
2 hari kemudian di susuli oleh YBhg Datuk Hj Latif Bin Hj Bandi (mantan EXCO Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan Negeri Johor), YBhg Datuk Hj Samat Bin Aripin (mantan EXCO Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor),
Pn. Najwa Halimah Binti A. Alim (Mantan Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional) dan Datin Hjh Aidah Binti Hj Ishak
(Vise Presiden Affin Bank).
Alhamdulillah dengan izin Allah yang lebih tahu nawaitu dan matlamat serta agenda penubuhan ini, Allah SWT
telah memudahkan perjalanan pertubuhan ini. Maka pada 3hb November 2023 telah di adakan Mesyuarat
Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Peringkat Penaja di LC Catering.
Dewan Teraju Usahawan Dan Peniaga Bumiputera Negeri Johor juga sangat teruja dan berbangga dengan
kesudian Yang Berhormat Dato’ Dr Daing A Malek Daing A Rahaman (tokoh korporat dan usahawan berjaya
merangkap Ahli Majlis Jumaah DiRaja Johor) yang sudi menyertai Dewan Teraju selaku Penasihat Kehormat
1 DTUDPBNJ dan Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee selaku Penasihat Kehormat 2 (barisan
G10 terdiri dari penama-penama tersebut di atas merupakan pengasas bersama DTUDPBNJ.
Alhamdulillah, pada 18hb. December 2023 telah mendapat kelulusan ROS dan tertubuhlah DTUDPBNJ yang
terdiri dari tokoh-tokoh nama besar di Johor dalam pelbagai sektor dan portfolio terdiri daripada mantanmantan Pegawai JCS, tokoh-tokoh korporat dan usahawan serta peniaga bumiputera negeri Johor dan terbuka
kepada bangsa Johor (bumiputera) untuk turut sama menyertai DTUDPBNJ.
DTUDPBNJ telah mempunyai 31 biro yang terdiri dari pelbagai sektor dan portfolio bermula daripada peringkat
peniaga hinggalah ke peringkat golongan professional, kontraktor, maritim, perdagangan dan industri,
perfileman dan penerbitan dan lain-lain yang berkaitan.
Antara nama tokoh-tokoh besar yang terdiri daripada golongan korporat dan usahawan yang terawal
menyertai DTUDPBNJ adalah seperti Tn Hj Zaini Bin Atan (LC Catering), YBhg Dato’ Ibrahim Bin Ahmad (mantan
Ketua Pengarah MARA), YBhg Dato’ Capt Jaffar Bin Lamri (tokoh usahawan maritim), Tn. Hj. Suhaimi Bin Salleh
(Pengarah Micro Marine Sdn Bhd), Tn Hj Osman Bin Jaafar (Founder Jewel Village Sdn Bhd), Tn. Hj. Sazali Bin
Abd. Hamid (Pengerusi ANGKASA Negeri Johor), YBhg Datuk Hj. Abdullah Bin Awang (kontraktor),Tn Hj Yusuf Bin Ahmad (mantan Executive Director Johor Land Berhad), YB Dato’ Dr. Aman Bin Rabu (mantan
Pengarah KKM Johor), Dr. Salwa Binti Abu Bakar (Pengarah Syarikat Faiza Sdn Bhd), Pn. Betty Ibtisam Binti Abu Bakar
Banafee (artis), En. Asmawi Bin Ani (Mawi World - artis dan DJ radio), En. Mohd Arshad Bin Ahmad (Acad Raja
Lawak), Tn Hj Noh Bin Md Sam (Otak-Otak Mr. Noh), Tn. Hj. Omar Bin Salleh (mantan Pengerusi PPNJ), YBhg
Datuk Zulkefli Bin Hj. Mohd Isa (Al Jannah Mahkota Dewa), Tn. Hj Awi@Sapawi Bin Ahmad Johari (mantan
Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan) Prof (B) Dr. Mohammed Selamat Bin Madom (mantan Pengarah MARDI
Johor), Cik Hjh Nor Akmal Binti Muhammad (Bumi Hijau Food Ind Sdn Bhd), Datin Nurhayati Binti Hj Ramlan (CEO
Hurry Ya Travel & Consultancy (M) Sdn Bhd) Tn Hj. Jaffar Bin Abu Bakar (Enaq Sauce Sdn Bhd) En. Jamil Bin
Sukaimi (Teluk Belanga Design) dan En. Muhamad Farid Bin Mohd Firuz (Pegawai Khas YB Mohd Hairi Bin Mad,
EXCO Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia Negeri Johor) selaku Ketua Biro
Dewan Muda.
Untuk peringkat awal ini DTUDPBNJ mempunyai barisan yang mantap dan padu terdiri daripada 3 orang Ahli
Majlis Jumaah DiRaja Johor, 2 orang mantan EXCO, 1 orang mantan Wakil Rakyat, 5 orang mantan Pengerusi
dan Ahli Lembaga Pengarah GLC, 4 orang mantan pengarah jabatan/agensi, 5 orang mantan Ahli Majlis/PBT
dan 15 orang tokoh usahawan dan peniaga yang pernah mendapat sijil Anugerah Tokoh
Usahawan/Usahawanita di dalam pelbagai kategori/bidang (sila rujuk carta organisasi Ketua dan Timbalan
Ketua Biro).
Untuk peringkat penubuhan yang baru ini, bermula 18hb December 2023 – 21hb Januari 2024 (selama 28 hari)
DTUDPBNJ telah memiliki 140 orang yang telah mendaftar keahlian dan di jangka menjelang December 2024
mampu mencapai sasaran keahlian seramai 10,000 orang.
Ayat ringkas yang paling sesuai agenda dan matlamat pebubuhan DTUDPBNJ adalah berperanan sebagai
platform, directory, mentor, guide line, check & balance, one main center kepada usahawan-usahawan
bumiputera khususnya di negeri Johor yang akan mewujudkan kerjasama dan rakan niaga serta pelaburan
pintar dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, GLC, GILC, yayasan, koperasi, NGO, usahawan dan
usahawanita.
Daripada ulasan, pandangan dan penilaian pengarah, pengurus, jabatan/ agensi/ GLC/ GILC/ yayasan/ koperasi
dan rakan-rakan NGO serta ahli-ahli DTUDPBNJ bahawa Dewan Teraju Usahawan Johor memiliki barisan
kepimpinan yang mantap dan tokoh-tokoh usahawan yang berkaliber (bukan kaling-kaling) serta mampu
berperanan sebagai leader dan mentor khususnya usahawan negeri Johor. Sesuai dengan motto DTUDPBNJ
“Peneraju Usahawan Negeri Johor.”
“Jika ingin jalan laju-laju , jalan sorang-sorang
Jika ingin terbang tinggi, kita jalan ramai-ramai”
“Jika Seorang Anda Tiada Kudrat,
Jika Tidak Bergabung Anda Tak Ralat
Jika Tak Sepakat Anda Mudarat
Jika Bersama Anda Kuat”
MISI & VISI DTUDPBNJ
Misi
DTUDPBNJ akan berusaha secara berterusan untuk berperanan sebagai satu platform rujukan, pengembangan & penyatuan usahawan-usahawan bumiputera pelbagai sektor di negeri Johor.
Visi
DTUDPBNJ beraspirasi untuk membentuk satu rangkaian usahawan bumiputera yang berdaya saing di negeri Johor bagi menghadapi cabaran global.