Alhamdullilah Sambutan Hari Raya Dewan Teraju 2024 telah diraikan bersama YAB Datuk Menteri Besar Johor pada 26April 8.00 malam yang lalu. Kesudian YAB Datuk meraikan Aidilfitri Bersama kami amat menyentuh seluruh warga Dewan Teraju dan tiada apa yang paling mahal untuk kami ungkapkan selain setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih.

Hadiah Raya yang amat besar kami terima pada tahun ini adalah kesudian YAB Datuk menjadi PENAUNG kepada pertubuhan kami beserta kelulusan Geran tahunan sebanyak RM100 ribu bagi menampung operasi dan pentadbiran kami demi kelangsungan mengurus agenda pembangunan usahawan Bumiputera seluruh negeri Johor.

Tahniah buat Dato Presiden dan Tn Hj Timbalan Presiden yang berusaha keras sehingga berjaya menganjurkan Sambutan yang gilang gemilang ini dengan jayanya. Tahniah dan setinggi penghargaan juga kepada URUSETIA yang dipimpin oleh Pengerusi Sambutan Datuk Abd Latif Bandi atas kerja keras selama seminggu menyusunatur dan menjayakan majlis besar yang pertama kali kami anjurkan.
Tahniah buat semua dan jumpa lagi tahun hadapan.

MESYUARAT PERTAMA DEWAN TERAJU USAHAWAN & PENIAGA BUMIPUTRA NEGERI JOHOR

Alhamdullilah dalam suasana penuh semangat, Mesyuarat Pertama Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputra Negeri Johor (DTUDPBNJ) berlangsung selepas Mesyuarat Agung dengan penuh kejayaan. Berbagai isu strategik dan pemerkasaan usahawan Bumiputera di Negeri Johor telah dipertimbangkan dengan penuh teliti.

Antara perkara yang diberi tumpuan ialah langkah-langkah pemerkasaan untuk meningkatkan potensi usahawan Bumiputera, memperkukuhkan kerjasama industri, dan membangunkan peluang perniagaan di peringkat negeri. Majlis ini turut menyaksikan momen penting apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi DTUDPBNJ mengangkat sumpah, menandakan tanggungjawab mereka dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan keusahawanan Bumiputera.

Dengan semangat bersatu padu, Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputra Negeri Johor bertekad untuk membawa perubahan positif bagi komuniti usahawan tempatan serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri

PENUBUHAN BIRO KEMASYARAKATAN & KEBAJIKAN 

Alhamdullillah semalam mensyuarat dan penubuhan Biro Kemasyarakatan & Kebajikan DTUPBNJ telah berjalan dengan lancar. Melalui usaha bersama dan sokongan yang tidak terhingga dari semua pihak, mesyuarat jawatankuasa tetap baru-baru ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kejayaan.

Biro ini telah di ketuai oleh Datuk Sri Ismail Khan mempunyai Matlamat dan Visi untuk menjadi agen perubahan yang memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat serta menyokong golongan yang memerlukan. Berikut adalah beberapa perkembangan penting yang telah di capai:

1. Sokongan Kewangan Dato Seri Ismail Khan: Kami bersyukur kerana Dato Seri Ismail Khan telah menyokong penubuhan biro ini dengan bermurah hati, dengan menyumbangkan sejumlah dana untuk program-program bantuan kepada asnaf, mualaf, dan anak yatim yang akan diuruskan oleh Biro Kemasyarakatan & Kebajikan DTUPBNJ.

2. Komitmen CSR dari Syarikat Faiza Sdn Bhd: Terima kasih kepada Syarikat Faiza Sdn Bhd atas komitmen CSR mereka yang amat berharga. Mereka telah berjanji untuk menyokong program "Jejak Asnaf" dan "Bersamamu" yang akan memberikan bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan.

3. Program "Back to School" Kami turut gembira untuk mengumumkan bahawa Biro Kemasyarakatan & Kebajikan DTUPBNJ telah menyediakan dana untuk program "Back to School", yang akan memberikan bantuan kepada 300 pelajar kurang berkemampuan dalam persiapan mereka sebelum memulakan persekolahan melalui Datin Sri Anita.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu dan syarikat yang telah menyokong dan menyumbang kepada penubuhan serta usaha biro ini. Kehadiran dan sokongan anda adalah kunci kepada kejayaan kami dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Melalui usaha ini, kami berharap untuk mencapai visi kami sebagai agen perubahan yang membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan dan menyumbang kepada pembinaan sebuah masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.


"Peneraju Nadi Usahawan Johor"

DTUDPBNJ MEMBUAT LAWATAN KE INSTITUT BANDARAYA JOHOR (IKBN)

Alhamdullilah hari ini Puan Najwah Halimah Binti Ab Alim, Naib Pengerusi Wanita 2 selaku Ketua Biro Dewanita, bersama Puan Mastura binti Isa, Timbalan Ketua Biro TVET Modal Insan (TVET@Wanita), telah membuat lawatan ke Institut Bandaraya Johor (IKBN).

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kemudahan latihan di Kampus IKBN Bandar Raya Johor Bahru, terutama dalam bidang-bidang latihan seperti D Artisan Studio, Pastry dan Bakery, Cafe Management, dan Barista Service.

Bersama-sama, kami meninjau pelbagai kursus yang ditawarkan. Yang terbaiknya, kursus-kursus ini tersedia secara PERCUMA untuk belia berumur 16 hingga 40 tahun! Apakah Anda seorang usahawan yang ingin meningkatkan kemahiran pekerja Anda? Ini adalah peluang yang sempurna untuk menghantar pekerja Anda untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf.

Kami juga melihat peluang yang baik untuk menjalin kerjasama yang erat antara Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputra Negeri Johor dalam rangka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan di dalam bidang perniagaan. Kerjasama ini dapat merangkumi pertukaran kepakaran, penyelenggaraan program latihan bersama, dan penyediaan sumber maklumat serta bimbingan untuk memperkuat kapasiti usahawan.

Kami melihat ini bukan sekadar program biasa. Ini adalah langkah penting dalam memberi sokongan kepada usahawan muda dan membuka peluang baru dalam bidang yang berkembang pesat.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada perubahan positif dalam industri dan komuniti setempat. Sertai peluang ini sekarang untuk mengukuhkan kemahiran dan membina masa depan yang cerah bersama! Untuk maklumat boleh berhubung dengan kami di DEWAN Teraju Usahawan JOHOR. Semoga usaha ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat tempatan dan membantu dalam pembangunan ekonomi setempat.

"Peneraju Nadi Usahawan Johor"

MESYUARAT MEMAJUKAN USAHAWAN MELALUI INSIATIF BIRO PELANCONGAN

Alhamdullilah, malam yang penuh semangat di Dewan Teraju Usahawan Johor semalam, di mana Tuan Ahmad Nizam Ahmad, ketua Biro Pelancongan, memimpin mesyuarat tentang bagaimana kami dapat memajukan para usahawan melalui inisiatif Biro Pelancongan. Dalam mesyuarat yang padat dengan idea kreatif, beliau menjelaskan betapa pentingnya memanfaatkan potensi pelancongan sebagai pendorong pertumbuhan perniagaan.

Tuan Ahmad Nizam Ahmad menggariskan pelan tindakan yang komprehensif untuk menyokong usahawan. Antara langkah-langkah tersebut termasuk kerjasama dengan destinasi pelancongan tempatan untuk meningkatkan eksposur usahawan, pengembangan program pelancongan khas untuk promosi produk tempatan, dan penjenamaan bersama untuk menarik perhatian pelancong.

Beliau juga menekankan kepentingan pemberian latihan kepada usahawan dalam bidang perkhidmatan pelancongan, membantu mereka memahami keperluan pelancong dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Dengan melakukan ini, Dewan Teraju Usahawan Johor melalui Biro Pelancongan berusaha mencipta ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan usahawan di sektor pelancongan.

Selain itu, Tuan Ahmad Nizam Ahmad turut membincangkan kolaborasi strategik dengan pemain industri pelancongan dan pihak berkepentingan lain, termasuk pihak kerajaan dan pertubuhan tempatan. Kerjasama ini dijangka membawa pelbagai faedah kepada usahawan, seperti peluang pemasaran bersama dan akses kepada sumber daya yang dapat meningkatkan kemampuan perniagaan mereka.

Pada keseluruhan, mesyuarat tersebut tidak hanya membincangkan potensi pelancongan untuk memberi dorongan kepada usahawan, tetapi juga menyusun langkah-langkah konkrit yang akan diambil oleh Biro Pelancongan untuk mewujudkan impian ini. Usaha bersepadu ini diharapkan akan membawa kejayaan kepada para usahawan, sambil memberikan impak positif kepada industri pelancongan Johor secara keseluruhannya

DEWANITA


Alhamdullilah terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi DTUDPBNJ kerana bersetuju mewujudkan satu biro baru yang memfokuskan pemerkasaan Usahawan2 Wanita.

Hala Tuju Dewanita: Dewanita bertujuan menyatupadukan tenaga usahawan wanita bumiputra untuk meningkatkan daya saing perniagaan dalam bidang yang kompetitif. Melalui hubungan kerjasama, aktiviti keusahawanan, dan bergabung dengan pertubuhan serupa, Dewanita berusaha memperkukuhkan usahawan bumiputra dalam mencapai wawasan negara. Selain itu, kerjasama dengan pihak kerajaan diutamakan untuk menjayakan dasar-dasar keusahawanan.

Matlamat Dewanita

1. Peningkatan Daya Saing Meningkatkan keupayaan usahawan wanita bumiputra agar lebih berdaya saing di dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

2. Hubungan Kerjasama Mewujudkan hubungan kerjasama dan jaringan maklumat di kalangan usahawan bumiputra untuk memperkukuhkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.

3. Pendidikan dan Latihan Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan, dan penerangan untuk meluaskan pemahaman ahli dalam dunia perniagaan.

4. Kerjasama dengan Pertubuhan Bergabung dengan pertubuhan lain yang berkongsi tujuan serupa di peringkat negara dan antarabangsa.

5. Kerjasama dengan Pihak Kerajaan Menjalinkan kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasar keusahawanan.

6. Pemberian Sokongan Menjadi badan penasihat dan pemberi panduan kepada ahli dalam menangani masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.

MEETING BERSAMA KETUA BIRO SPA & KECANTIKAN
(DATIN NURHAYATI)

GERAKAN 6 ORANG PENGASAS AWAL PERINGKAT PERTAMA UNTUK PENUBUHAN DEWAN TERAJU USAHAWAN JOHOR

TONTON KOLEKSI VIDEO UCAPAN DTUDPNJ FACEBOOK DIBAWAH!

UCAPAN DTUBPJNJ KEPADA
DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM

Merafak sembah ucapan tahniah kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Sebagai bangsa Johor kami sangat yakin akan kepimpinan baginda untuk menerajui Malaysia selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17. Sebagai teras kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini, kami rakyat Johor amat berkeyakinan dengan pentadbiran baginda dalam membawa Malaysia terus maju dengan kemakmuran dan perpaduan serta kemajuan ekonomi kepada Negara. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tekan link di bawah untuk menonton video ucapan penuh di Facebook!

UCAPAN DARIPADA MAJLIS PENYELARAS GABUNGAN NGO MELAYU NEGERI JOHOR KEPADA
DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM

Merafak sembah ucapan tahniah kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Tekan link di bawah untuk menonton video ucapan penuh di Facebook!

UCAPAN DTUDPNJ KEPADA
DYAM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM

Menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ) susulan pelantikan sebagai baginda Pemangku Sultan Johor yang telah pun diumumkan baru-baru ini. Kami yakin Negeri Johor akan terus teguh dan makmur di bawah kepimpinan DYAM TMJ.

Komitmen dan dedikasi Duli Yang Amat Mulia terhadap kesejahteraan Johor adalah sangat jelas dan benar-benar terpuji, dan kami yakin di bawah kepimpinan Duli Yang Amat Mulia, negeri Johor akan terus makmur dan maju.” Daulat Tuanku

Tekan link di bawah untuk menonton video ucapan penuh di Facebook!

UCAPAN TAHNIAH PRESIDEN DTUDPNJ KEPADA
DYAM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM
DIATAS PERLANTIKAN
 YANG DI-PERTUAN AGUNG-17

Merafak sembah ucapan tahniah kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Daripada Presiden DEWAN Teraju Usahawan JOHOR

Tekan link di bawah untuk menonton video ucapan penuh di Facebook!


Address

23A, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda,
Johor Bahru 81200, MY

Follow us